nuff-nuff
Sunday, 5 August 2012
masak2 macam masterchef...ahah
~puding roti versi campak2
BAHAN-BAHAN
roti <banyak mana yang korang suka>
2 biji telur ayam
1 sudu besar butter - cairkan
1/4 cawan gula (equals to 50gram)
235ml susu cair - nak guna fresh milk pon boleh
1 sudu teh esen vanilla - takde pon takpe
kismis ikut suka hati
CARA-CARA
Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam acuan.
Tabur sedikit kismis di celah-celah dan di atas roti, kemudian tuang butter yang telah
dicairkan tadi ke atas roti tersebut.
Pukul telur, susu, gula dan esen vanilla sehingga sebati dan tuang ke dalam acuan yang berisi roti tadi.
Tabur lebihan kismis dan biarkan adunan telur menyerap sebentar ke dalam roti.
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan sehingga keperangan selama
20-25 minit dengan suhu 180 C.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment